Saturday, March 12, 2011

keretapi

keretapi atau kereta api??? ah sama saja.  Sebab apa nama tu disebut begitu???? dulu-dulu kenderaan tu bergerak dengan menggunakan enjin arang batu yang dibakar...sebab tu la nama tu dikekalkan hingga la ni, walaupun la ni dah tak guna dah arang batu tu....saya bukan nak cerita tentang enjinnya atau pun jenis keretapi ni, tapi nak bagitau tentang perkhidmatannya...dari dulu sampai la ni servisnya dok macam tu jugak...walaupun dunia dah semakin canggih...aduhai...tak tau la nak kata apa.
Kemarin dua kali saya ke stesen keretapi S. Petani..lepas solat Jumaat kemarin kami ke stesen keretapi nak sambut anak balik bercuti...dok minta lama sangat nak naik keretapi ngan kawan2...dari tingkatan 1 sampai la ni dah tingkatan 4...barula ayah dia benarkan. Kata keretapi sampai kat SP pukul 3.45 ptg..kami sampai pukul 3.30..bajet cukup la tu...stesen sedang diperbaik pulih..ok la tu...tunggu punya tunggu...tup-tup pukul 4.15 baru ada pengumuman kata keretapi lambat sampai..agak2 pukul 5 ptg...cis..awat tak habaq awai2...buang masa ja...pi ronda lagi bagus...nak pi masa tu hujan pulak...suami saya kata kalau pi ambik kat sekolah dia pun dah lama sampai rumah dah....boleh ready nak pi mancing..hahaha...
sambil2 tu tengok la juga perkhidmatan kaunternya...laaaaaaa...macam duludulu jugak...punya la lambat sorang2 nak beli tiket...10 minit pa baru selesai nak beli tiket...tak canggih langsung...kata zaman IT...huh...
Bila nak dah sampai..dia kata ini mungkin kali pertama dan terakhir dia naik keretapi....padan muka dia...hahaha...baru tau.
Malam pulak sekali lagi saya ke stesen keretapi....ambil mojilala...yang sedang berpraktikal kat hospital Kangar..kata pukul 8.40 sampai....9.30 baru keretapi sampai kat SP...nak tau...dari Arau sampai SP....dia kena berdiri...kesian kat dia....nak suruh dia balik Arau ngan keretapi jugak...dia tak mau dah...tak sanggup kena berdiri katanya walaupun tiketnya murah..RM8.00 saja...

1 comment:

  1. hahhahahaha..padan muka muna ngan mojilala!! kesian kt mak ngan ayah..mmg pun mak, xtau la bila nak maju...haishh..malaysia tanah airku..

    ReplyDelete