Tuesday, December 14, 2010

IKAN PUYU

La ni hobi kami..saya dan suami...adalah memancing ikan puyu.  Setiap petang selepas solat asar, kami pi memancing ikan di taliair sebelah Seberang Perai dengan menaiki motosikal.  Umpannya udang yg dipotong kecik2..kadang2 suami saya bawa ulat untuk dijadikan umpan....sorry...saya tak guna umpan tu...geliiiiii.....  Best sangat bila mata kail kita direnggut ikan..nikmat semacam....pernah kami dapat ikan sampai 300 ekor sekali pi memancing..

Balik rumah kadang2 saya dan anak lelaki saya siang ikan tu buat lauk..dan kadang2 juga buat pekasam.  Mula dulu saya tak pandai buat pekasam, tapi lama2 pekasam saya semakin sedap. (bukan angkat bakul,..memang sedap sapa yang dah makan kata)...hahaha.....nak rasa mai la rumah saya..


Cara-cara Pemprosesan Pekasam
 
Ikan disiang, dibuang perut dan dicuci segala kotoran, lemak serta darah.
Ikan ditoskan dan digaul garam kasar dengan kadar 30%.
Setelah digaramkan, ikan diperam selama 2-3 hari.
Selepas diperam, ikan dibersihkan dengan air sebanyak tiga kali dan ditoskan.
Selepas ditoskan, ikan digaul dengan beras goring yang telah dihancurkan, dimasukkan kedalam baling kedap udara dan dicampur dengan asam jawa serta gula merah.
Peram kali kedua selama 14 hari kedalam baling kedap udara.
Pekasam yang telah siap dibungkus serta sedia untuk dipasarkan
Oleh kerana dah terlalu banyak ikan yang kami pancing, suami dan anak lelaki saya bina sangkar ikan dan letakkan sangkar tu dalam parit depan rumah saya.  Setiap kali balik dari memancing kami letakkan ikan2 tu dalam sangkar.  Setiap hari kami bagi makan ikan2 tu dengan pellet yang dibeli di kedai.  Ikan tu dah semakin besar dan bilangannya dah mencapai angka ribu.

Nak dijadikan cerita...suatu petang saya lihat penutup sangkar ikan saya terbuka dan terdapat bekas laluan orang..Bila saya ajukan soalan pada suami samada dia yang buka dia kata tidak...hai suspen ni...takkan ikan puyu pun orang nak curi....karut....

Besoknya bila suami saya pergi isi minyak motor kat kedai depan rumah, tauke kedai tu bagitau bahawa parit depan rumah saya banyak ikan sebab dia lihat ada anak2 jiarn kami pergi memancing kat situ, kerap dapat ikan...hahaha...apalagi ...suami saya terus dapat meneka bahawa kanak2 ribena tu memancing dalam sangkar ikan kami....mestila dapat...ikan banyak...hahaha...lucu-lucu...bukan niat depa nak mencuri...seronok mengail...senamg dapat ikan....

Keesokan harinya ketika suami nak pergi solat asar kat masjid....dia terlihat beberapa kanak2 lelaki (lebih kurang 8 tahun), sedang menuju ke kawasan rumah kami dengan pancing dan baldi di tangan.  Terus suami bertanya samada depa memancing dalam sangkar ikan...ha..apalgi terketar2 la depa tuduh menuduh di antara satu sama lain....kali ni depa bawa penyauk ikan sekali...dah main kasar rupanya...Suami saya terus gempar depa..."kalau cikgu nampak hampa curi ikan cikgu, cikgu rejam hampa dalam parit tu"....ha kesian depa terus lari...sampai hari ni tak nampak dah kelibat depa memancing depan rumah saya....kesian juga..

suami dan menantu
Penyakit ni dah menjalar dekat menantu saya yang baru pulang bercuti dari Australia.....setiap petang selepas solat asar dia ikut kami pi memancing....kadang2 tu tak sabar2...dia yang siapkan semua umpan, alat memancing..bekas ikan dan sebagainya...haiiiiii....tak tau la....

No comments:

Post a Comment